Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
entry kali ni khusus buat si dia. entah kenapa hati ni. terasa ingin sampaikan sesuatu. yea.. awak mmg terlalu istimewa di hati saya. mmg tak dapat dinafikan. tapi kenapa.. kenapa awak? kenapa saya masih tunggu awak? kenapa hati saya masih berpihak pada awak? kita mmg kawan. daripada kawan yg tak begitu kenal. kepada yg terlebih kenal..(*err ada ek) saya mmg da lama simpan perasaan saya pada awak. awak pun tahu. tapi saya seakan-akan dalam dilema. saya tak tahu hubungan kita sejauh mana. kawan mmg laa kawan. cuma saya takut kita tersalah tafsir. mungkin cara saya layan awak agak special sket. kalau nak diikutkan panggilan saya utk awak, waktu2 yg biasa saya mesej awak, kata2 saya utk awak seolah-olah macam pasangan yg bercinta. aduh! ape nak jadi ni patin T__T maafkan saya awak.. sebenarnya saya yang buat diri saya terikat & tergantung pada awak. salah saya jugak. dah beberapa kali saya cuba lupakan perasaan ni. sampai satu tahap, saya doa pada Allah. kalau mmg awak bukan jodoh saya, lupakan je laa perasaan saya ni. tapi kalau mmg awak laa jodoh saya, biar laa perasaan ni sampai bila2. then, perasaan saya STOP terus! adakah ini petunjuk-Nya? tapi kenapa bila saya dah mula berhubungan balik dgn awak perasaan tu kembali hadir. saya betul2 tak faham. saya mmg teringin nak bercinta mcm org lain. tapi saya susah sangat nak terima org. susah! even kalau org tu adalah org yg saya minat. tapi entah laaa. hati saya terus jadi tawar bila perkataan "couple" tu keluar. maybe hati ni belum matang kutt. huhu. nak keluar berdua pun lagi laa payah. Ya Allah.. adakah Engkau sedang memelihara hamba-Mu dari dosa2 cinta dari hubungan yg tidak sah? jika begitu, bimbinglah hamba-Mu ini ke jalan-Mu. agar hamba tak tersentuh dosa. tidak pula tersalah pilihan. sesungguhnya Engkau benar2 mengetahui segala sesuatu. hamba pasrah Ya Allah :')
Antara nyata atau tidak. Si dia masih di hati. Blog ini dikhaskan untuk menyelami ke dasar hati penulis. Bahkan kehidupannya. Serta buah fikirannya yang tak pernah kering kontang. Juga didedikasikan kepada sang Pari-Pari Cinta :)
Wednesday, December 28, 2011
Tuesday, December 27, 2011
Perasaan itu sementara
Bismillahirrahmanirrahim..
Yeah.. post ttg perasaan yg menjadi lumrah kehidupan. kadangkala perasaan itu datang tanpa diduga. dan tak mustahil juga perginya tanpa bicara. banyak perasaan ni ; ada sayang, benci, cinta. haaa.. fokus kat part CINTA. okay, jom survey!
First, ape sebab musababnya perasaan itu muncul secara tiba-tiba?
1. Sifat asli seseorang. means, kita da tertarik dgn personaliti dia. kalau yg sengaja dibuat-buat tu lain cerita ya.
2. Petunjuk dari Allah. mungkin itu petanda dia tu akan menjadi seseorang yg bermakna buat hidup kita. i means jodoh.
3. Persamaan. mungkin ada characteristic yg sama mcm family, kenalan rapat, or maybe ex-bf/gf.
4. Mata. kadangkala mata pun bole main peranan. haaa.. ni yg terjadi cinta pandang pertama. auchhh!
Second, ada jugak kes2 yg mula-mula cinta/suka pastu bole pulak benci/menyampah/hilang perasaan tu. ishhh tak bole salahkan dia jugak. kadangkala kita pun tak bole sangka kenapa hal seperti ini terjadi. sebab tu laa ada sesetengah pasangan tu clash tanpa sebab. and dia tak dapat berikan reason yg munasabah kenapa dia tak bole teruskan hubungan tu. bole jadi..
1. Ujian. Allah menguji sesuatu perhubungan tu. sekejap gaduh, bercakar-cakar. errr
2. Petunjuk. yes, kadangkala bole jadi Allah bagi petunjuk yg dia tu bukan jodoh kita.
3. Gangguan syaitan. ada jugak pasangan yg terkena buatan org (cth : sihir penghalang jodoh)
Langkah-langkah yg perlu anda lakukan :
1. Berdoa.
2. Solat Istikharah.
3. Buat pendinding diri (*bagi yg terkena sihir)
Mintalah petunjuk dari-Nya. sesungguhnya hanya Dia saja yg mengetahui segala apa yg berlaku :))
Kesimpulan :
Cinta manusia sangat SINGKAT. ada pasang surutnya. terlalu banyak ragam manusia. tu yg zahir di mata. yg batin kita tak tahu. so, pandai bercinta pandai amik risiko. Belajarlah mencintai dan berusaha menambah cinta kepada yg Esa. kepada Dia tempat kembali. sememangnya dgn mencintai Allah.. anda tidak akan pernah mengalami sebarang masalah percintaan & risiko. jalan ke Syurga terbentang luas utk anda. Alhamdulillah!
Saturday, December 17, 2011
RINDU?
Assalamualaikum w.b.t,lama bebenor tak kongsi cerita kat blog yg satu nih..
agak2 hari ni fatin cite ape ek? lalalalala
asyik2 cinta, asyik2 cinta..
tak best laa camni. cool beb!
fatin cite pendek je ni -,-
pernah tak korg terfikir nape bole ada sifat rindu ni? kadang2 rindu tu datang tanpa kita sedar & kita tak mintak pun hati kita duk rindu merindu kat dia tuu. tak kisah laa rindu pada kekasih ke, ibu bapa ke, sahabat handai ke, kawan2 lama ke, atau rindu pada Pencipta & Rasulullah SAW. Maha Suci Allah :)) sangat berbaloi kan kalau ada rasa camtu? rindu tu bole. tapi kena pandai2 kawal laa. jangan 24jam tu dia je kat fikiran you all. hish syaitan tu mmg suka cucuk manusia ni supaya lalai. err.. da macam ustazah pulak. hehe. okay! fatin kongsikan beberapa tanda2 sang PERINDU yea :
1) terfikirkan seseorang secara tiba2
2) hampir setiap masa teringatkan dia (*bole jadi angau tuh!)
3) sering membelek2 hadiah/barang2 pemberian seseorang
4) kerap kali memandang potret/gambar seseorang
5) kalau bole tiap2 hari nak tengok muka or dengar suara dia
6) terkenang-kenang memori lampau or kenangan manis bersama dia
7) kadangkala mimpi juga bole jadi petanda dia or kamu yg merindui.
dgn syarat, mimpi tanpa berbicara :)
8) rasa seolah-olah dia ada di sisi
9) bila ada perkara yg simbolik, pasti kamu akan teringat kat dia! contoh :
lagu mengenai Rasulullah SAW, tetiba rasa rindu sgt. rasa mcm nak jumpe je ngn Baginda Rasulullah.
or lagu mengenai kasih ibu & ayah tak pun lagu pemberian kekasih/bekas kekasih :)
10) atau.. bila berbicara ttg dia, kamu/hati kamu menangis. oh hati, rindukah kau pada dia?
hehehe.. maka sekiranya rindu tak terubati bole jadi tak keruan buat sementara waktu. haha. org yg menulis ni pun sama jugak :) tapi yg paling ketara, rindu CUPID ANGEL and.. mak tersayang :) ada beza tu. seorang yg masih hidup. seorang lagi yg telah pergi. seorang masih bole mengubati. seorang lagi tak mungkin kembali. fatin pasrah. dalam senyum senyum fatin masih ada tangis di hati. dalam nangis nangis fatin masih juga membasahi pipi. tak ada bezanya. tunggu lama sekian kali bila masanya diri ini bakal pergi. bertemu kembali ibu mithali. Insya-Allah semoga Allah merestui pemergian diri ini :))
err.. sorry. tangkap leleh di situ. hehe. maklumlah rindu kemain lagi kat mak. tak dapat nak cium tangan dia, dengar nasihat dia, lihat dia, mintak nasihat kat dia.. bersyukurlah sesiapa yg masih mempunyai ibu. anyway thanks for reading! :))
Saturday, November 26, 2011
Mencari erti penghijrahan
assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah. syukur fatin masih diberi kesempatan utk hidup hingga ke hari ini. okay, post hari ini tentang sebuah penghijrahan. hari ini hari Sabtu, 26hb Nov 2011 bersamaan 30 Dzulhijjah tahun 1432 Hijriyah. dan esok iaitu pada 27hb Nov 2011 bersamaan 1 Muharram 1433 Hijriyah, kita bakal menyambut Maal Hijrah. adakah kita benar-benar memahami apa erti sebenar sambutan maal hijrah pada setiap awal tahun mengikut kalendar Islam? 1 Muharram merupakan detik penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Penghijrahan ini merupakan salah satu strategi Nabi Muhammad s.a.w utk mengembangkan ajaran Islam dan perjalanan Rasulullah s.a.w sejauh 320 km itu mengambil masa 8 hari. haaa.. agak lama yaa? Then, hasil rundingan Umar al-Khattab r.a bersama para penasihatnya, maka dengan itu bermulalah perhitungan tahun baru mengikut kalendar Islam (Hijriyah). faham?
Okay, biasanya kita disunatkan baca doa awal & akhir tahun. doa akhir tahun dulu k!
Semoga hijrah ke tahun baru kali ini memberi revolusi yang memberi impak besar buat kehidupan kita & sentiasa diredhai Allah S.W.T. Insya-Allah =)
alhamdulillah. syukur fatin masih diberi kesempatan utk hidup hingga ke hari ini. okay, post hari ini tentang sebuah penghijrahan. hari ini hari Sabtu, 26hb Nov 2011 bersamaan 30 Dzulhijjah tahun 1432 Hijriyah. dan esok iaitu pada 27hb Nov 2011 bersamaan 1 Muharram 1433 Hijriyah, kita bakal menyambut Maal Hijrah. adakah kita benar-benar memahami apa erti sebenar sambutan maal hijrah pada setiap awal tahun mengikut kalendar Islam? 1 Muharram merupakan detik penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Penghijrahan ini merupakan salah satu strategi Nabi Muhammad s.a.w utk mengembangkan ajaran Islam dan perjalanan Rasulullah s.a.w sejauh 320 km itu mengambil masa 8 hari. haaa.. agak lama yaa? Then, hasil rundingan Umar al-Khattab r.a bersama para penasihatnya, maka dengan itu bermulalah perhitungan tahun baru mengikut kalendar Islam (Hijriyah). faham?
Okay, biasanya kita disunatkan baca doa awal & akhir tahun. doa akhir tahun dulu k!
Maksudnya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir Seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhai dan Engkau tidak melupakannya (Tuhan tiada sifat lupa) dan Engkau berlembut, tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian memohon keampunan-Mu. Ya Allah ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahunn ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya . Maka kami memohon diperkenankan agar perbuatan yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan selawat ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. Ya Allah Tuhan yang Maha Pemurah.
*baca pada akhir waktu Asar dan sebelum Maghrib (29 or 30 Zulhijjah) sebanyak 3x.
Insya-Allah, orang yg membaca doa ini akan mendapat
perlindungan drpd Allah s.w.t, dijauhkan drpd fitnah
dan hasutan syaitan serta diberi pengampunan atas
dosa-dosa lalu :)
Next, doa awal tahun,
Maksudnya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah Engkaulah Tuhan yang kekal yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan bala tenteranya. Dan kami memohon kepada-Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (yang mendorong kepada kejahatan). Kami memohon juga kepada-Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu Ya Allah Yang Maha Agung Lagi Mulia. Ya Allah Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
*baca selepas Maghrib pada malam 1 Muharram sebanyak 3x.
Barangsiapa yg membaca doa ini syaitan akan berkata
"telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah
mewakilkan dua Malaikat untuk memeliharanya daripada fitnah & syaitan"
Semoga hijrah ke tahun baru kali ini memberi revolusi yang memberi impak besar buat kehidupan kita & sentiasa diredhai Allah S.W.T. Insya-Allah =)
Wordless Saturday
Assalamualaikum..
I just wanna share with you about my activities & feelings today.
wake up early in the morning, 5.15 am
having a breakfast, half mug of milk plus one bread :)
cycling around the world! ahahhh
cooks fried rice for my younger sister & brother..
online plus watchin' television ;)
and my FEELINGs from previous days..
missing someone very badly huhh?
quite bored.
exciting!
dizziness (@_@)
UNKNOWN feelinggggg -,-
that's all. thank you sweet reader!
Wednesday, November 16, 2011
Menyimpan Teddy Bear, salah ke?
Selamat sejahtera ke atas kamu wahai pembaca, today's topic is about "teddy bear". Okay, fatin pun actually banyak persoalan tentang menyimpan patung dalam rumah. so, apa yg fatin buat ialah survey!
Pasti ramai di antara anda yg pernah ataupun sedang memiliki patung seumpama teddy bear, barbie doll, etc. Patung ni dikhususkan kepada benda-benda hidup seperti binatang dan manusia. Dan sifat-sifat mereka juga diambil kira di mana sekiranya patung itu sempurna. means kalau teddy bear tu ada kepala, badan, tangan, kaki. and kita semua tahu mmg begitu laa rupanya kalau ia bernyawa. Kira perfect lahh. haaa.. dalam case ni kalau kita bukan kanak-kanak kecil yg masih bermain-main dgn anak patung and sekadar buat hiasan dalam rumah je baik tak payah simpan okay? kalau sayang nak buang, sedekah je laa kat orang lain or just simpan dalam almari. Other alternative, you kerat je mana-mana parts of its body. contoh, teddy bear yg sebelum ni sempurna kejadiannya apa kata kita kerat je kepala dia ke, satu drpd tangannya ke, kaki ke, telinga ke yg penting mmg nampak tak sempurna laa.
Oh yea.. ada sesetengah ulama' yg melarang keras menyimpan patung or menggantung gambar-gambar bernyawa di rumah. bukan apa, kadangkala kita tak perasan yg kita telah melakukan syirik @ pemujaan. okay, kita ambil contoh laa kita minat kat sorg mamat korea ni. kita pun tampal laa gambar dia kat dinding. tiap hari kita dok tatap muka dia. kira minat sesangat laa ni. so, rasa-rasa korg puja ke tak puja tu? maap. bukan niat fatin utk mempertikaikan perlakuan menampal gambar-gambar artis pujaan tu. tak salah, tapi tak kena pada caranya. lebih baik menjauhi dosa. apatah lagi dosa-dosa besar seumpama syirik ni. mungkin ada cara lain yg lebih baik. apa kata kalau gambar-gambar artis tu (misalnya) anda simpan elok-elok dalam satu tempat khas. contohnya dalam buku ke. kan elok tu. agak-agak kalau rindu, baru bukak buku. and last but not least, foto keluarga. seringkali kita lihat tergantung dalam rumah. agak-agak sempurna jangan laa gantung. kalau nak sangat gantung pun separuh badan, or kepala je. hehehe.. apa guna ada foto album? simpan kat situ yea sayang. kan molek tuu.. kalau kenalan yg bertandang ke rumah nak tengok gambar, haaa.. bagi je laa album tuu. tak laa sakit leher tengok kat dinding tu kan. Lastly, lukisan. sama jugak, yg abstrak and not related to human and animals are allowed okay. Ehemehem.. kalau bole, dalam kereta pun jangan letak k!
"Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing, patung dan lukisan" (HR Muslim)
Naya ke tak naya tu kalau Malaikat tak masuk rumah? agak-agak siapa pulak yg masuk? haha. syaitan nirrajim. and kalau laa Malaikat tak masuk rumah, mana datangnya rahmat dan keredhaan Allah? mulakan langkah dari sekarang! more rujukan klik SINI
Points to highlight :
1) dikecualikan bagi kanak-kanak yg belum cukup umur
2) boleh sekiranya ada kecatatan pada boneka tersebut
fatin nak berkongsi sikit tentang pengalaman fatin ni. time kecik-kecik dulu pun arwah mak dah belikan banyaaaak anak-anak patung ni. buktinya..
err.. buku je lebih tu -.-"
haihhh macam-macam bentuk. haha. time dah besar ni teringin jugak nak ada teddy bear. sekarang sudah ada 4 teddy. 2 daripada Celcom (both are small), 1 hadiah daripada adik (tahun lepas) and 1 lagi daripada kawan ayah (the big one). peristiwa ni terjadi sejak dapat hadiah daripada angah laa. mula-mula bukan main suka lagi dapat teddy. pastu amik! time tengah tidur asyik ngigau je. tiap kali tidur berdekatan ngn teddy mesti ada mimpi buruk. sampai ada satu hari tu fatin termimpikan teddy tu. sejak tu, terus tak ngadap muka dia. cian adik dah belikan. huhuhu. tapi nak buat camne. berbagai cara nak dekatkan diri dgn teddy, tapi still tak bole. tu yg fatin start survey pasal hukum simpan anak patung ni. rupa-rupanya Allah dah bagi petunjuk =)
err.. pastu pulak, kawan ayah ni baik hati sangat bagi teddy yg sangat besar. ni kalau beli kat kedai ada ratus-ratus harga dia. hahhh! yg teddy besar ni pun sama. fatin selalu terasa yg mata dia melihat fatin tiap kali malam. ouhh lupa pulak! syaitan mmn suka tau bergayut kat anak-anak patung ni. jaga-jaga cik timah. hahahaha. siap lahh patung-patung tu. dapat chance je, mmg nak kena buang laaa. tak lena tidur dibuatnya.
Islam itu mudah kan? so, lebih baik mencegah daripada mengubati. Jangan nanti da kena histeria baru nak tanya ''kenapa?'' wassalam.
Tuesday, November 15, 2011
al kisah badminton
Yeah.. kembali menyoroti taipan ceritera seterusnya. macam biasalah, assalamualaikum semua. harap sihat-sihat belaka. ahah! dah macam tulis surat tak rasmi pulak.
Baiklah. cerita hari ni mengenai satu hobi fatin, iaitu berbadminton. nampak biasa, tapi bagi penduduk kawasan perumahan fatin pasti merasa sedikit pelik! nak tahu sebab apa? first,antara waktu-waktu yg fatin paling aktif bermain adalah waktu MALAM. yaaa.. sekitar jam 11 ke atas. wow, orang kata tak baik berembun. tapi kami redaaahhhh. haha. bukan apa.. seronok main badminton malam-malam. cuaca tenang. pencahayaan terang (by: encik lampu jalan) lagi bersuluh dek bulan mengambang. angin pun tak bertiup kencang bak lautan bergelora. cewaahh. ouh yea, biasanya Diba (*kawan sekolej) yg jadi partner fatin. suka lawan ngn dia. sebab fatin ni lincah sikit bab balas pukulan. kalau bole nak lompat setinggi-tinggi ke awan utk capai bulu tangkis tu. tak pun bukak seribu langkah ke setiap sudut utk pastikan bulu tangkis tu tak jatuh ke bumi.
tengok! i berlari-lari emak =D
sebelum ia gugur ke bumi.. lalalalala
melompat seperti ninja turtle!
see~ sambil pejam mata pun bole ;)
err.. back to the topic. okay, secondly location kitorg. biasanya depan rumah ataupun depan surau. haha. jangan salah sangka dulu. mmg kawasan surau tu ada disediakan tempat utk main sepak takraw. kira badminton pun bole masuk laa. tapi kalau diikutkan waktu kitorg bermain selewat 11 malam, alamatnya tutup laa surau tu. kitorg apa lagi, sanggup panjat pagar konkrit utk masuk ke situ. hehehe. bukan budak nakal yea. pakcik sebelah uma pun tak kisah pun. btw, dia pemegang kunci surau. dia dah faham sangat ngn karenah anak jiran dia ni. hihihi..
So, sejak dari itu majoriti manusia yg tinggal berhampiran di situ or yg pernah melewati sekitar uma fatin jam 11 ke atas dapat laa melihat panorama para 'atlet' yg bertungkus lumus menumpaskan pihak lawan. sehinggakan mengundang pertanyaan penduduk sekitar. kira famous laaaaa. antara soalan femes yg angah (*adikku yg kedua) kena jawab berbunyi --> " kakak kau ea yg selalu main badminton malam2 tu? " siapa haa nama dia?" . hahaha. maap adik-adik sekalian. saya sudah nggak giat bermain lagi kerana ketandusan partner. dia da tak duduk serumah. wuwuwuwuwuwu. i miss you a lot badminton! ='(
Anyway, fatin mmg teringin nak ada jurulatih yg sanggup train fatin supaya jadi lebih power then bertanding ke peringkat lebih tinggi. hehehe. impian tu. mana laa tahu satu hari nanti. insya-Allah. ouhh yea, terimakasih yg teramat sangat kpd abang sepupuku yg secara tidak langsung telah berjaya mencungkil bakat fatin. first-first dulu takde laa skill sangat. tapi sebab nak kalahkan dia punya pasal, sanggup fatin melompat-lompat and jadi sangat energetik bila balas pukulan. sebab dia tuu tinggi mcm galah! so kenalah pukul tinggi jugak.
that's all for this session. thanks for reading.
p/s : kalau kenal mana-mana coach, mintak kenalkan eh? huahuahua
Tuesday, November 8, 2011
My Cupid Angel
Assalamualaikum wbt & selamat pagi :)
thanks & syabas kepada sesiapa yg telah menemui blog ni. hua3.
belum sempat pun nak merebahkan badan di atas katil, da terdetik nak cerita tentang seseorang. agak2 siapa? yeahh. sang cupid angel. siapa laa dia ek. ehehehe. identiti dirahsiakan. moh laa dengar fatin citer ni. kite panggil dia Mr R je laa ea. actually dia ni satu sekolah ngn fatin. bukan sekelas. mmg jarang sangat laa dapat bertembung. nak dijadikan cite satu hari tu, fatin tengah tunggu angah (adik kedua fatin) balik dari sekolah. tunggu kat bus stop tau. haha. okay, pastu bas pun sampai. kitorg duduk2 laa jap kt bus stop tuu memandangkan hari pun panas. pastu tetiba je ada sorg mamat ni ngn moto dia benti kat bus stop. dgn muka yg agak kerisauan & nampak gaya cam tunggu orang. dia terpandang angah pastu dia tanya "ain (adik Mr R) da balik eh?" angah pun jawab laa ''dia balik ngn member''. fatin agak blurr di situ -.-" tapi tu laaa. sejak saat tu hati fatin terus tertarik kat dia. bukan apa.. gaya dia tuu. caring kat adik2 dia. waHAHA. malu nehhh kalau dia bace >.< actually pena jugak terserempak ngn dia kat sekolah. intai2 gitu. tapi yela. sekadar minat. start form 4 je fatin da pindah sekolah (sek teknik). tak dapat jumpe dia. alaa tapi satu taman perumahan je. cuma tak tahu rumah dia kat mane je. hik3. okay.. perasaan dah STOP kat situ!
tapi tak sangka jodoh kami panjang. huhu. dah laa tak pena berbual, tup2 ada pulak medium teknologi ni.
apa lagi, guna laa facebook untuk merapatkan diri yang tak pena longgar pun. add dia. then dia approve. pastu ushar2 gambar dia. saje buat2 tak kenal. bole comment lagi "abg ain ke?'' haha. lepas comment, IM pulak. haa.. kat situ laaa mula laa sesi ingat mengingat, cucuk mencucuk. tak sangka bole dikatakan agak rapat sampai sekarang. dah pena gi umah dia. keluar ngn dia (bukan berdua yea!). selalu jugak mesej, call tak pernah. huhu. tapi.. dia terlalu istimewa di hati fatin. pernah dulu keluarkan dia daripada hati ni, tapi.. dia terketuk balik laa. kawan je tau. aneh + special. even dia seolah-olah tak ada perasaan apa2, steady je, tak pernah luahkan perasaan, tapi fatin suka. suka cara dia! dgn cara tuu fatin rasa makin sayang pulak kat dia (dia je tak tahu). hee.. tak apa laa. apa yg pasti fatin dah janji. fatin akan temani dia sehingga dia bertemu dgn pasangan pilihannya. time tu laa fatin undur diri. apa yg pasti buat masa sekarang, tiada ruang untuk fatin bercinta. cinta untuk Allah paling utama =}
p/s : saya akui saya rasakan itu cinta. tapi ia takkan selamanya. biarlah Allah saja yg tentukan apa yg terbaik untuk kita. sekiranya jodoh sememangnya tertulis untuk kita, insya-Allah kita akan bersatu juga satu hari nanti. Amin.
Anda insomnia?
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Saya memulakan entry. Tajuknya insomnia atau dalam bahasa ibundanya kesukaran untuk tidur.
ada TIGA jenis insomnia ;
1st- initial insomnia : gangguan awal yg berlaku tatkala masuk waktu untuk tidur.
2nd- middle insomnia : bila dah tidur tetiba bole pulak terbangun tengah2 malam,
pastu susah nak lelap balik.
3rd- late insomnia : gangguan tidur bila nak bangun pagi. rase cam malas je nak bangun sbb tak cukup tidur.
Antara faktor2 mendorong kesukaran untuk tidur adalah ;
1) pengambilan ubat-ubatan (cth : amfetamim yg bole d'dapati dlm ubat pengurus badan)
2) tekanan, stress (gangguan emosi)
3) suasana/ keadaan tempat tidur yg kurang selesa.
4) minum minuman berkafein (spt kopi, teh)
5) makan terlalu banyak lewat tengah malam
6) pengambilan nikotin (dlm rokok)
Cara pencegahan ;
1) rapikan bilik tidur supaya lebih selesa. sapu laa habuk2 yg da berkurun tu -.-"
2) sebelum tidur, buat meditasi dulu. pejam mata and lapangkan fikiran.
3) minum air suam atau susu sebelum tidur. menurut pakar, susu @ air suam dapat menenangkan fikiran.
4) rendam kaki dalam air suam. supaya urat2 saraf yg tegang tu longgar! and kita lebih relax..
5) elakkan daripada tidur di siang hari @ pada waktu yg tak sepatutnya.
6) banyakkan exercise pagi2
7) haa.. lagi satu, anda digalakkan mendengar bunyi-bunyian yg merangsang otak ke tahap theta. Kira lagu2 tangkap lentok laa. or instrumental.
8) dan tak lupa untuk membaca doa sebelum tidur yaaa. semoga Allah memelihara kita daripada
syaitan yg sentiasa berlumba-lumba untuk mengganggu kaum muslimin yg baru sahaja melelapkan mata.
Akibatnya ;
1) kerja kurang efisyen
2) gangguan saraf, pening
3) kerosakan mata
4) mengurangkan proteksi sistem ketahanan badan
5) sakit2 sendi, seluruh badan
6) lemah, tak bermaya.
Sekian saja perkongsian saya kali ni. hehe. Terdetik nak share sebab saya pun insomnia seminggu ni. Sama-sama laa kita berusaha menstabilkan waktu tidur kita & bangun dengan bersemangat! hiyaarrrh. Ngantuk dah. tata!
Monday, November 7, 2011
Live Like There's No Tomorrow
Friday, November 4, 2011
Result oh Result
Saturday, October 29, 2011
Blog baru
okay. bertemu lagi dalam entry yg baru. dgn design yg baru. serta blog yg diberi nafas baru, berTITLE : Cupid Company. kenapa cupid? i just love that name. or may be it must be related to someone. yes. it's true. mungkin sy akan jadikan blog ni blog khusus ataupun blog umum. means, blog Flowers of the sky da tak wujud lagi. tetapi masih belum dipertimbangkan lagi. apa2 pun selamat datang! insya-Allah sy akan cuba ceritakan topik2 yg menarik buat tatapan semua. sekian untuk hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)






















