alhamdulillah. syukur fatin masih diberi kesempatan utk hidup hingga ke hari ini. okay, post hari ini tentang sebuah penghijrahan. hari ini hari Sabtu, 26hb Nov 2011 bersamaan 30 Dzulhijjah tahun 1432 Hijriyah. dan esok iaitu pada 27hb Nov 2011 bersamaan 1 Muharram 1433 Hijriyah, kita bakal menyambut Maal Hijrah. adakah kita benar-benar memahami apa erti sebenar sambutan maal hijrah pada setiap awal tahun mengikut kalendar Islam? 1 Muharram merupakan detik penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Penghijrahan ini merupakan salah satu strategi Nabi Muhammad s.a.w utk mengembangkan ajaran Islam dan perjalanan Rasulullah s.a.w sejauh 320 km itu mengambil masa 8 hari. haaa.. agak lama yaa? Then, hasil rundingan Umar al-Khattab r.a bersama para penasihatnya, maka dengan itu bermulalah perhitungan tahun baru mengikut kalendar Islam (Hijriyah). faham?
Okay, biasanya kita disunatkan baca doa awal & akhir tahun. doa akhir tahun dulu k!
Maksudnya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir Seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhai dan Engkau tidak melupakannya (Tuhan tiada sifat lupa) dan Engkau berlembut, tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian memohon keampunan-Mu. Ya Allah ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahunn ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya . Maka kami memohon diperkenankan agar perbuatan yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan selawat ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. Ya Allah Tuhan yang Maha Pemurah.
*baca pada akhir waktu Asar dan sebelum Maghrib (29 or 30 Zulhijjah) sebanyak 3x.
Insya-Allah, orang yg membaca doa ini akan mendapat
perlindungan drpd Allah s.w.t, dijauhkan drpd fitnah
dan hasutan syaitan serta diberi pengampunan atas
dosa-dosa lalu :)
Next, doa awal tahun,
Maksudnya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah Engkaulah Tuhan yang kekal yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan bala tenteranya. Dan kami memohon kepada-Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (yang mendorong kepada kejahatan). Kami memohon juga kepada-Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu Ya Allah Yang Maha Agung Lagi Mulia. Ya Allah Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
*baca selepas Maghrib pada malam 1 Muharram sebanyak 3x.
Barangsiapa yg membaca doa ini syaitan akan berkata
"telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah
mewakilkan dua Malaikat untuk memeliharanya daripada fitnah & syaitan"
Semoga hijrah ke tahun baru kali ini memberi revolusi yang memberi impak besar buat kehidupan kita & sentiasa diredhai Allah S.W.T. Insya-Allah =)





















