Saya memulakan entry. Tajuknya insomnia atau dalam bahasa ibundanya kesukaran untuk tidur.
ada TIGA jenis insomnia ;
1st- initial insomnia : gangguan awal yg berlaku tatkala masuk waktu untuk tidur.
2nd- middle insomnia : bila dah tidur tetiba bole pulak terbangun tengah2 malam,
pastu susah nak lelap balik.
3rd- late insomnia : gangguan tidur bila nak bangun pagi. rase cam malas je nak bangun sbb tak cukup tidur.
Antara faktor2 mendorong kesukaran untuk tidur adalah ;
1) pengambilan ubat-ubatan (cth : amfetamim yg bole d'dapati dlm ubat pengurus badan)
2) tekanan, stress (gangguan emosi)
3) suasana/ keadaan tempat tidur yg kurang selesa.
4) minum minuman berkafein (spt kopi, teh)
5) makan terlalu banyak lewat tengah malam
6) pengambilan nikotin (dlm rokok)
Cara pencegahan ;
1) rapikan bilik tidur supaya lebih selesa. sapu laa habuk2 yg da berkurun tu -.-"
2) sebelum tidur, buat meditasi dulu. pejam mata and lapangkan fikiran.
3) minum air suam atau susu sebelum tidur. menurut pakar, susu @ air suam dapat menenangkan fikiran.
4) rendam kaki dalam air suam. supaya urat2 saraf yg tegang tu longgar! and kita lebih relax..
5) elakkan daripada tidur di siang hari @ pada waktu yg tak sepatutnya.
6) banyakkan exercise pagi2
7) haa.. lagi satu, anda digalakkan mendengar bunyi-bunyian yg merangsang otak ke tahap theta. Kira lagu2 tangkap lentok laa. or instrumental.
8) dan tak lupa untuk membaca doa sebelum tidur yaaa. semoga Allah memelihara kita daripada
syaitan yg sentiasa berlumba-lumba untuk mengganggu kaum muslimin yg baru sahaja melelapkan mata.
Akibatnya ;
1) kerja kurang efisyen
2) gangguan saraf, pening
3) kerosakan mata
4) mengurangkan proteksi sistem ketahanan badan
5) sakit2 sendi, seluruh badan
6) lemah, tak bermaya.
Sekian saja perkongsian saya kali ni. hehe. Terdetik nak share sebab saya pun insomnia seminggu ni. Sama-sama laa kita berusaha menstabilkan waktu tidur kita & bangun dengan bersemangat! hiyaarrrh. Ngantuk dah. tata!

No comments:
Post a Comment