Wednesday, December 28, 2011

To my special one

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

entry kali ni khusus buat si dia. entah kenapa hati ni. terasa ingin sampaikan sesuatu. yea.. awak mmg terlalu istimewa di hati saya. mmg tak dapat dinafikan. tapi kenapa.. kenapa awak? kenapa saya masih tunggu awak? kenapa hati saya masih berpihak pada awak? kita mmg kawan. daripada kawan yg tak begitu kenal. kepada yg terlebih kenal..(*err ada ek) saya mmg da lama simpan perasaan saya pada awak. awak pun tahu. tapi saya seakan-akan dalam dilema. saya tak tahu hubungan kita sejauh mana. kawan mmg laa kawan. cuma saya takut kita tersalah tafsir. mungkin cara saya layan awak agak special sket. kalau nak diikutkan panggilan saya utk awak, waktu2 yg biasa saya mesej awak, kata2 saya utk awak seolah-olah macam pasangan yg bercinta. aduh! ape nak jadi ni patin T__T maafkan saya awak.. sebenarnya saya yang buat diri saya terikat & tergantung pada awak. salah saya jugak. dah beberapa kali saya cuba lupakan perasaan ni. sampai satu tahap, saya doa pada Allah. kalau mmg awak bukan jodoh saya, lupakan je laa perasaan saya ni. tapi kalau mmg awak laa jodoh saya, biar laa perasaan ni sampai bila2. then, perasaan saya STOP terus! adakah ini petunjuk-Nya? tapi kenapa bila saya dah mula berhubungan balik dgn awak perasaan tu kembali hadir. saya betul2 tak faham. saya mmg teringin nak bercinta mcm org lain. tapi saya susah sangat nak terima org. susah! even kalau org tu adalah org yg saya minat. tapi entah laaa. hati saya terus jadi tawar bila perkataan "couple" tu keluar. maybe hati ni belum matang kutt. huhu. nak keluar berdua pun lagi laa payah. Ya Allah.. adakah Engkau sedang memelihara hamba-Mu dari dosa2 cinta dari hubungan yg tidak sah? jika begitu, bimbinglah hamba-Mu ini ke jalan-Mu. agar hamba tak tersentuh dosa. tidak pula tersalah pilihan. sesungguhnya Engkau benar2 mengetahui segala sesuatu. hamba pasrah Ya Allah :')

Tuesday, December 27, 2011

Perasaan itu sementara

Bismillahirrahmanirrahim..

Yeah.. post ttg perasaan yg menjadi lumrah kehidupan. kadangkala perasaan itu datang tanpa diduga. dan tak mustahil juga perginya tanpa bicara. banyak perasaan ni ; ada sayang, benci, cinta. haaa.. fokus kat part CINTA. okay, jom survey!
First, ape sebab musababnya perasaan itu muncul secara tiba-tiba? 

1. Sifat asli seseorang. means, kita da tertarik dgn personaliti dia. kalau yg sengaja dibuat-buat tu lain cerita ya.
2. Petunjuk dari Allah. mungkin itu petanda dia tu akan menjadi seseorang yg bermakna buat hidup kita. i means jodoh. 
3. Persamaan. mungkin ada characteristic yg sama mcm family, kenalan rapat, or maybe ex-bf/gf.
4. Mata. kadangkala mata pun bole main peranan. haaa.. ni yg terjadi cinta pandang pertama. auchhh!

Second, ada jugak kes2 yg mula-mula cinta/suka pastu bole pulak benci/menyampah/hilang perasaan tu. ishhh tak bole salahkan dia jugak. kadangkala kita pun tak bole sangka kenapa hal seperti ini terjadi. sebab tu laa ada sesetengah pasangan tu clash tanpa sebab. and dia tak dapat berikan reason yg munasabah kenapa dia tak bole teruskan hubungan tu. bole jadi..

1. Ujian. Allah menguji sesuatu perhubungan tu. sekejap gaduh, bercakar-cakar. errr 
2. Petunjuk. yes, kadangkala bole jadi Allah bagi petunjuk yg dia tu bukan jodoh kita.
3. Gangguan syaitan. ada jugak pasangan yg terkena buatan org (cth : sihir penghalang jodoh)

Langkah-langkah yg perlu anda lakukan :

1. Berdoa. 
2. Solat Istikharah.
3. Buat pendinding diri (*bagi yg terkena sihir)

Mintalah petunjuk dari-Nya. sesungguhnya hanya Dia saja yg mengetahui segala apa yg berlaku :))

Kesimpulan :

 Cinta manusia sangat SINGKAT. ada pasang surutnya. terlalu banyak ragam manusia. tu yg zahir di mata. yg batin kita tak tahu. so, pandai bercinta pandai amik risiko. Belajarlah mencintai dan berusaha menambah cinta kepada yg Esa. kepada Dia tempat kembali. sememangnya dgn mencintai Allah.. anda tidak akan pernah mengalami sebarang masalah percintaan & risiko. jalan ke Syurga terbentang luas utk anda. Alhamdulillah!

Saturday, December 17, 2011

RINDU?

Assalamualaikum w.b.t,
lama bebenor tak kongsi cerita kat blog yg satu nih..
agak2 hari ni fatin cite ape ek? lalalalala
asyik2 cinta, asyik2 cinta..
tak best laa camni. cool beb!
fatin cite pendek je ni -,-
pernah tak korg terfikir nape bole ada sifat rindu ni? kadang2 rindu tu datang tanpa kita sedar & kita tak mintak pun hati kita duk rindu merindu kat dia tuu. tak kisah laa rindu pada kekasih ke, ibu bapa ke, sahabat handai ke, kawan2 lama ke, atau rindu pada Pencipta & Rasulullah SAW. Maha Suci Allah :)) sangat berbaloi kan kalau ada rasa camtu? rindu tu bole. tapi kena pandai2 kawal laa. jangan 24jam tu dia je kat fikiran you all. hish syaitan tu mmg suka cucuk manusia ni supaya lalai. err.. da macam ustazah pulak. hehe. okay! fatin kongsikan beberapa tanda2 sang PERINDU yea :

1) terfikirkan seseorang secara tiba2
2) hampir setiap masa teringatkan dia (*bole jadi angau tuh!)
3) sering membelek2 hadiah/barang2 pemberian seseorang
4) kerap kali memandang potret/gambar seseorang
5) kalau bole tiap2 hari nak tengok muka or dengar suara dia
6) terkenang-kenang memori lampau or kenangan manis bersama dia
7) kadangkala mimpi juga bole jadi petanda dia or kamu yg merindui.
dgn syarat, mimpi tanpa berbicara :)
8) rasa seolah-olah dia ada di sisi
9) bila ada perkara yg simbolik, pasti kamu akan teringat kat dia! contoh :
lagu mengenai Rasulullah SAW, tetiba rasa rindu sgt. rasa mcm nak jumpe je ngn Baginda Rasulullah.
or lagu mengenai kasih ibu & ayah tak pun lagu pemberian kekasih/bekas kekasih :)
10) atau.. bila berbicara ttg dia, kamu/hati kamu menangis. oh hati, rindukah kau pada dia?

hehehe.. maka sekiranya rindu tak terubati bole jadi tak keruan buat sementara waktu. haha. org yg menulis ni pun sama jugak :) tapi yg paling ketara, rindu CUPID ANGEL and.. mak tersayang :) ada beza tu. seorang yg masih hidup. seorang lagi yg telah pergi. seorang masih bole mengubati. seorang lagi tak mungkin kembali.  fatin pasrah. dalam senyum senyum fatin masih ada tangis di hati. dalam nangis nangis fatin masih juga membasahi pipi. tak ada bezanya. tunggu lama sekian kali bila masanya diri ini bakal pergi. bertemu kembali ibu mithali. Insya-Allah semoga Allah merestui pemergian diri ini :))

err.. sorry. tangkap leleh di situ. hehe. maklumlah rindu kemain lagi kat mak. tak dapat nak cium tangan dia, dengar nasihat dia, lihat dia, mintak nasihat kat dia.. bersyukurlah sesiapa yg masih mempunyai ibu. anyway thanks for reading! :))