Assalamualaikum blogku. Selamat hari raya aidilfitri :)
Entah mungkin ini Syawal terakhir buatku. Ramadhan yg berlalu pun seakan sayu meninggalkanku.
Apa pun yg berlaku, aku tetap akan berdiri seperti selalu. Menghayati irama-irama tenang dunia walau tatkala aku perlu patuh duduk dibentangan sejadah. Ada yg ingin aku sampaikan. Aku tahu. Jarang-jarang sekali manusia dapat menyelinap masuk ke dalam blog ini. Dek tidak diwar-warkan. Tapi kepada sesiapa yg terbaca, terima kasih. Syawal kali ini aku tidak berkesempatan untuk memohon maaf, berkunjung ke rumah rakan-rakan taulan. Ada kata yg tak terluah dibenakku. "Aku..aku..maafkanmu, sahabatku" Bukankah kita bersahabat? Walau dirimu seakan melupakanku, aku tetap mengingatimu. Akal fikiranku masih belum dapat melupakan memori-memori sewaktu dahulu. Walau terkadang aku tak ingin menyimpannya lagi. Apakan daya, aku tak mampu membuangnya. Telahku katakan, walaupun kau ingin membunuhku, aku tetap memaafkanmu. Senang bukan? Senang dilukakan, senang memaafkan. Itulah aku. Hatiku seakan tiada nilai pada manusia. Senang diinjak-injak. Aku punya Allah. Aku tak berdaya tapi Dia mampu melakukan segalanya. Aku serahkan pada-Nya. Perlukah aku katakan semua ini pada manusia? Tak perlu lagi. Manusia tak perlu tahu. Sampai nanti blog ini menjadi saksi bahawa aku pernah mencatatkan sesuatu. Segala perasaanku diluahkan. Bukan semua, hanya satu pertiga. Selebihnya hanya Allah yg tahu. Terima kasih kawanku kerana kau menerimaku sebagai sahabatmu..sewaktu dahulu. Hidup di dunia ini telah mengajarku sesuatu. Persahabatan, perpisahan, kemaafan..aku ikhlas :)
Antara nyata atau tidak. Si dia masih di hati. Blog ini dikhaskan untuk menyelami ke dasar hati penulis. Bahkan kehidupannya. Serta buah fikirannya yang tak pernah kering kontang. Juga didedikasikan kepada sang Pari-Pari Cinta :)
Friday, August 24, 2012
Wednesday, July 25, 2012
Menyedari ombak dunia
Sudah sekian lama jari jemariku tidak menyentuh papan kekunci lantas menyemai benih-benih cerita suka dan suka. Ramadhan menjelma lagi. Alhamdulillah. Bersua kita. Semoga kali ini amalan dipertambah. Pahala diperganda. Hati mulai tabah. Cekal menangguk ombak 'mesra' pantai dunia :) Pada kotak pemikiranku, adakah masih dipertambah usia pada episod mendatang? Sinar Syawal seakan tidak mempelawa kemunculanku untuk meraikannya. Ketiadaan ibunda tercinta, walau pemergiannya tidak begitu dirasai. Entah kenapa. Seakan masih tidak percaya dia sudah tiada. Hanya foto lama menjadi peneman disaat hati mula patah, tubuh mulai rebah, mata berpinar-pinar. Tak nampak jalan suluhan. Hidupku umpama nyawa kedua. Setelah tragedi banjir beberapa tahun yang lalu hampir saja meragut nyawaku. Entah dari mana ku dapat kekuatan untuk menyelamatkan diri yang sudah pun lemas. Terima kasih Allah. Setiap detik hidupku, tidakku sia-siakan. Walau mata sering menangkap dongengan kehidupan. Sekalipun aku tidak pernah terikut lentuk arus kehidupan. Sentiasa ada batas menjadi sandaran. Andai terlanjur pantas Kau perbetulkan. Syukur, aku sentiasa menjadi pantauan-Mu. Tapi aku masih banyak kekurangan dan kelemahan. Tunjukkan aku jalan yang benar, jalan yang dilalui oleh Para Syuhada. Ya Allah, dunia-Mu begitu indah. Ingin saja ku dapatkan semua yang melatari dunia. Tapi aku tahu itu sementara. Pinjaman semata-mata. Biarlah aku bersederhana. Tiada emas permata. Tak mengapa. Asalkan Kau sentiasa bersamaku selalu. Walau aku bakal ditinggalkan, tapi jangan sesekali Kau yang meninggalkanku. Hidup dan matiku kerana-Mu. Aku inginkan kedamaian, kebahagiaan. Izinkan aku menapak di muka bumi-Mu dalam redha-Mu. Ampuniku Ya Allah. Maafkan aku kerana terkadang zahirku tak dapat menghalang segelintir hamba-Mu daripada melakukan dosa. Aku khilaf. Aku tak berkuasa. Aku juga manusia. Ya Allah, lindungi aku daripada fitnah dunia. Lindungi aku dan yang tercinta. Selamatkan mereka Ya Allah. Jauhi aku daripada dosa.
Sedarkan aku tentang jangka hayat dunia. Mungkin esok atau lusa, aku telah tiada. Semoga aku bersedia :)
Sedarkan aku tentang jangka hayat dunia. Mungkin esok atau lusa, aku telah tiada. Semoga aku bersedia :)
Wednesday, June 13, 2012
Shift Drakula
Dahsyat dahsyat ni! Musim drakula dah menjelma. Mentang-mentang laa duk rumah je berbulan gigi pun dah naik tajam. Padahal makan tomato. Imma vegetarian vampire. ahaaahh. Bila duk rumah lama2 ni suasana bosan mula berarak menyebelahi diri. Dengan keseorangannya kat rumah. Belek2 buku account pun sekali sekala. Agak sadis di situ. Sobs. Rindu nak menelaah last minute. Rindu nak perah2 otak pastu jemur. Rindu nak duduk dalam surau kolej. Rindu rindu rindu semua tu. Sekarang ni dah tak ada. Kawan2 pun.. I missed them so much. Eh cite ape ni? Dah lari tajuk asal. Okay, Shift drakula. Disebabkan mengalami penyakit sukar tidur malam. Kepala pun duk terfikir ape yang bole mendatangkan income. Keje ape memalam. Bonzer? Spy? Vampire? *sambil menunjukkan otot2 badan yg tak berapa berketul* Ishhhh nonsense. Lesen motor belum dapat lagi jangan nak meriah sangat. Wuu.. Lambatnya nak habis belajar menunggang. Err perlu ke I stop cite kat sini. *tangan masih laju menaip papan keyboard yg hampir 30% tertanggal keytopnya* okay mata aktif. Malam2 duk belek laptop, tidur. Bangun balik dapat mesej drpd buah hati, lentuk2 tidur. Okay. That's my shift all this while. Sigh -.-'
Sunday, June 10, 2012
Unknown episode
Wajarkah aku menampar sepi? Terngiang-ngiang episod mentari tika dahulu. Sedang aku mencari destinasi. Bagai kabus menyelimuti hari. Oh tiuplah tiuplah ia agar jelas jalannya. Aku tak sanggup lagi lihat selaput menebal. Ke mana dia sang pujaan hati? Seakan dirimu berganjak dari sisi pelangi. Jangan, jangan berlari melepasi pintu hati. Bukankah pintu itu berpagar duri? Tunggu hingga jarum hati berhenti. Dan data-datamu dapatku kemaskini. Pintaku nanti mungkin kuinginkan sample memori. Agar terselit jua kisah dalam album hati. Maaf..tut tut tut. Detak nadi seakan terhenti. Tak sanggup mendengar hasil scan 'doktor cinta'. Ternyata.."alhamdulillah, Cupid Angel masih di hati" Doaku, "Ya Allah, moga dia sentiasa di sisi, menemaniku dalam redha-Mu. Moga kami dapat menginap di Syurga-Mu. Temukan juga kami dengan orang-orang yg kami kasihi. Amin"
Saturday, May 19, 2012
Be natural!
Assalamualaikum.
Tergerak hati nak taip tentang kosmetik. Fatin tak tahu laa jenis kulit ni camne. Combination agaknya. Nak cari produk penjagaan wajah bukan main susah. Sekali beli tak sesuai. Entah tang mana silapnya. Da beribu-ribu habis duit selama ni. Tak jumpa yg sesuai. So, i decide to be natural. Sebab apa? Maybe kulit Fatin ni pantang kena bahan kimia. Asal oles sikit da nampak kesan. Teringin jugak nak pakai make-up. Tapi bila pakai nanti mulalah radang, iritasi berlaku. Even mahal macam mana sekalipun. Celak mata & eye shadow je laa bole try. Tapi tak bole tahan lama. Muka & mata rasa berat. Cepat2 basuh balik. Haha! Adui apa jenis orang laaa. Last2 keluar tak pakai sunscreen pun. Mana tak gelap. Jealous tgok kulit tangan & badan. Jauh beza. Hukhuk. Sebab tu laa Fatin prefer kuar malam. Takde sinaran UV. Cewah. Hehe. Buat masa ni just apply kat muka produk Organic Aid je. Alhamdulillah. As long kulit tak kering lagi pun da memadai. For the rest, Fatin mmg bagi tumpuan pada kesihatan dalaman je laa. Amalkan minum jus tomato, ulam raja, soya tiap hari. Tu laa penawar. Orang lain takkan faham kulit kita. Kecuali pakar. Berkala tempek kat muka dgn tomato, timun, soya. Best wuu. Sejuk je. Haha. Paling menyayat hati baru2 ni Fatin bole pulak terpengaruh dgn kata2 cik Penjual produk kosmetik tu. Dia syorkan NDZ. Katanya mmg berkesan. Mau terbang RM50. Ada sabun muka & krim malam. Sekali je pakai. Then baru teringat nak tgok ingredients dia. You know what? Ada PARABEN! Fuhhh mmg mintak lempang je laaaa. Asal laa Fatin tak perasan time beli tuh. Hishhhh. So, lepas ni kena lebih berhati-hati bila nak cari produk. Kena belek2 ingredients dia dulu. Naya 24 jam Fatin duk check satu per satu produk kat Watson. Sekian.
![]() |
| Tomato + Epal Merah + Kismis. yummy! |
Friday, May 18, 2012
A.K.S.E.S
Aku sang pencari. Terkesima memijak diri. Sayup-sayup dingin malam mencucuk lapisan epidermis kulit. Seakan enzim-enzim tubuh serentak memberi isyarat pada sistem hati. Ada kaitankah? Ah, abaikan ia. Bukan itu maksudku. Ada carta berlegar dalam ruang minda. Tidak mampu diterjemah. Tidak pula bersahut nada suara. Mungkin kekeliruan menjelma. Atau hati tidak dapat dirasai getarannya. Sejak kapankah aku menyepikan Sang Hati? Oh tidak. Aku tak peka tentang iramanya. Ada suara-suara sadis. Suara tak terluah. Apa masalahmu duhai hati? Andai ada sistem hidrodinamik, mungkin sarap-sarap yang mendap dapat diterusi. Perlukah aku bersikap enteng? Tak endah, tak sedar akan revolusi hati. Tak mustahil ada campur tangan Sang Pemikir. Rentak ini belum dapat ditafsir. Sudut retrospektif diaplikasi. Sorotan peristiwa menjadi tanda tanya. Suka duka elemen perasa. Tangis melodi susulan. Moga kembali sirna. Serta hampas kembali lampias. Lukisan dunia kekal berwarna. Rimba dihujani kicauan. Sang manusia elemen penyukat. Sukatlah mengikut dos yang tepat. Kehidupan bukan cuma roda. Pusingannya dikendali Sang Minda. Tidak hanya berguling saja. Ada masa berhenti dan teruslah berlari. Bayangkan roda berlari? Oh roda tak mempunyai kaki. Maksudku berhenti untuk menyedari realiti dan mencari identiti. Perlukah bayang hitam diikuti atau mencipta bayang sendiri? Sudahlah. Hentikan imaginasi. Gambarkan pada retina matamu sebuah lukisan kosong terdampar di depanmu. Di sisi kananmu ada alatan mewarna. Pada jarimu terselit berusnya. Gerakkan tanganmu agar menyentuh permukaan yang kosong itu. Mulalah mewarnai harimu sesuka hatimu. Itulah warna duniamu. Ya, kaulah penentu jejakmu. Andai lukisanmu tak seindah impianmu, usahlah lekas nestapa. Mulakan dengan lukisan yang baru. Nah, hatimu dapat diakses lagi. Andai masih tidak sempurna, cubalah kemaskini Sistem Komunikasimu. Maksudku, sesama manusia, alam dan makhluk lainnya. Serta Penciptamu. Hatimu kini tertera 'PASSWORD MATCH'. Masuklah dengan senyuman. Berjanji pada hati, kau takkan ulangi lagi.
Salam ceria pada para Hati yang membaca :)
Salam ceria pada para Hati yang membaca :)
Monday, April 23, 2012
Trip to Perak!
Assalamualaikum..
Dah berhabuk agaknya blog ni tak hupdate2. Ouh ya! minggu lepas pada tanggal 14 April 2012, (9.30 PM) fatin berlepas ke negeri Perak Darul Ridzuan. Melawat saudara2 kat kampung secara solo dgn menaiki bas. tengah seronok2 melayan fantasi dlm bas tetiba terasa nak gi toilet pulak dah. then terdetik nak amik dompet dlm beg galas. cari punya cari tak jumpa! agak2 nak menangis pun ado. dah sampai KL pulak tu. mana nak mengejar cari kt uma. wah, naya nih! call ayah kul 3 pagi. last2 cari rupa-rupanya ada kt dlm kete ayah. haaaa ni mesti kes dompet jalan-jalan lari keluar. ada eh? ketuk kepala berulang kali baru teringat yg fatin ada tarik beg tu ke seat depan sebelah pemandu (ayah). ishh ganas.
Maka terjadilah sesi temuramah bersama hati,
Cik Hati : So, apa perasaan awak?
Fatin : Awak rasa apa yg patut awak rasa?
Cik Hati : Eh, tanya kita pulak.
Fatin : Yela..sepatutnya awak laaa yg patut merasa semua ni. You are the storage of all my feelings!
Cik Hati : Oh really? Silly me -..-
Fatin : Cepat lah cepat lah tell me what's your feeling?
Cik Hati : Aaaaaaa..I felt happy, nervous, calm..
Fatin : How's come that unsuitable feelings connected with this situation?
Cik Hati : Simple! Because of Him..stay calm. Allah knows more better than us. There's should be something good behind. Believe that ;)
Fatin : Yeah..You're right. Now, I know how to face this situation (smiling..)
Haha..selingan je tuh. Then, dengan selambernya laa meneruskan perjalanan tanpa kad pengenalan. sambil duduk, terkumat-kamit berdoa. About 5 AM something, I da sampai kt Sitiawan. Pak Teh & akak saudara already wait for me. Alhamdulillah. Sesampainya di sana kita minum dulu! Hua hua hua. Thanks Pak Teh sebab belanja. Agak dalam 2 hari jugak laa bosan tade duit di tangan. Hehe. Hari Isnin baru ayah settlekan proses penghantaran dompet melalui sistem Poslaju. Isi kandungan parcel dirahsiakan. Doa je laa selamat sampai. risiko tu! Alhamdulillah, the next day dompet selamat diterima. thanks Pos laju! love u!
Tu je laaa kenangan kat Perak selama seminggu. Cadang nak berbulan-bulan menetap kt situ. Oh ye.. selain duduk terperuk kat uma Mak Teh, fatin selalu jugak tolong2 dia kat dapur. Satu peningkatan pabila fatin da tak takut dgn minyak! haha. goreng ikan & ayam..selamber je muka. terpercik-percik kt tangan pun relaks (*dgn gaya tukang masak professional..ketuk ketuk kuali sikit) hehe. then ada jugak buat kuih favourite! Kuih Bakul/Sampan. Nice! I just love it! thanks Mak Teh sebab ajar. Miss u Mak Teh.. teringat kat arwah mak :'( semoga Mak Teh cepat sembuh. Thanks jugak kt boyfriend akak saudara sebab belanja time duit tade. hehe. tgok wayang (Battleship buat kali kedua), makan. thanks kak ikin sebab bagi kongsi katil. thanks thanks! (*eh da mcm nk buat folio - bahagian 'Acknowledgment' pulak)
Finally, 21st April fatin balik rumah. Hamboihhh encik buah hati pulak melancong ke Kuala Lumpur. jauh laa kite sayang. sobs sobs (*kesat kesat idung tanpa ingus)
Dengan ini tamatlah sudah perkisahan perjalanan cik patin ke luar negeri. huhui..salam sayang dari orang Johor. Akan datang, nak cucuk tanah kat sana. duk sana aishhhh da jatuh cinta kat sana. Cik abg sayang jangan nangis tau tau tau :p

Monday, March 26, 2012
Selera Baru
Assalamualaikum..
Setelah beberapa hari entry blog seakan serius lagaknya tapi hari ini tidak. sorry for using "aku" because i was talking to myself atau bahasa kebangsaannya "monolog dalaman". okay. fatin ingin berkongsi makanan kegemaran fatin. haha. what's that?

Ni namanya ulam raja. Apa motif roti tu? haha. Biasenya makang ngn nasi. But sbb semalam tak jumpa nasi (*tak masak lagi actually) tu yg roti jadi pengganti. Not bad lah. sedap woah! Ada mcm rupa kambing ragut rumput. Haha. I mmg kalau makan ulam-ulaman mmg begitu lakunya. Ahaaa.. lupa nak cakap. Selain daripada roti kosong tu atas dia ada tuna spread. Alaa yang jenama Ayam Brand tu. lagi laa menambah rasa.
Okay, menu kedua!
Tengok gaya macam dahsyat je kan? Haha. Macam2 ingredients ada. Yang fatin ingat carrot, brocolli, brown rice ahaaa tu je laaa. Tapi actually vege drinks. Kira mmg sihat laaa. Rasa dia? Hoho. Bila bau macam eeeeee. Tapi bila minum boleh tahan sedap. Rasa beras perang je lebih even banyak sayur-mayur yang pahit. Try lahhhh!
Jeng jeng jeng..
Haa ni laa minumannya. Minuman berunsur tumbuh-tumbuhan yang boleh meransang sel kulit supaya lebih glowing gitu. ahaks. da macam promoter pulak. Anyway I need to buy this because I got skin problem. Yela, kulit ni manja sangat and tak sesuai dgn mana2 produk. So better I consume supplemen drinks or vitamin. Boleh bertindak dari dalam. Produk ni boleh dapatkan di Watson ye. Harga dalam RM98 if im not mistaken. Hehe. selamat mencuba!
Sunday, March 25, 2012
Elemen penghapus dosa
Akhir akhir ini badan tidak secergas dahulu. Siapa tahu insan yang terlihat sejahtera fizikalnya rebah di kemudian hari. Ya..aku sakit. Entah mengapa sering saja berlaku kekejangan anggota tubuh. Mungkin dahulu berlari sekarang hanya bola mata saja yang dapat memerhati. Aku redha jika ini ketentuan-Nya. Diam. Tiada siapa tahu. Hamba diuji. Terima kasih Allah. Tabahkan aku.
Akses hati
Tenang. Saban hari ketenangan ini begitu dirasai. Tatkala manusia lain sedang menghadapi gelombang theta, aku duduk kemas di atas tikar sejadah. Masih utuh. Kedengaran beberapa kali hela nafas ini seakan akan mensyukuri nikmat yang masih setia menemani. Tatkala itu proses muhasabah diri berlaku. "Apa yang terjadi pada dunia?" Soalan yang berjaya dicabut secara rawak di dalam kotak pemikiranku. Ya..cuba lihat. Bukan sekadar melihat. Kejutkan hati supaya bergerak selari. Cuba perhatikan mereka. "Elokkah pada matamu?" Hatiku mencetuskan persoalan. Aku malu. Terdiam tanpa patah kata. Tangan yang sempurna ini tidak dapat membendung salah laku itu. "Maafkan hamba-Mu wahai Tuhanku. Hamba lemah. Entah apa kata mereka nanti.'' Hati cuba membidas. Tiba-tiba mulut berkata "tidak mengapalah, biarlah aku yang mengambil alih tugas ini. Akanku korbankan salivaku ini demi menyelamatkan mereka dari ombak duniawi. Aku sayangkan mereka!" Hati tersenyum. Syukur. Moga mereka tahu. Sukaku memetik ayat ini yang sentiasa berlegar-legar dalam ruang legasi sel sel otak manusia. "Dari Allah kita datang, kepada-Nya jualah kita kembali"
Friday, March 16, 2012
Bloody blood
Saturday, March 10, 2012
Cupid Lover
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Allahuakbar! tu saja ucapan yg dapatku ungkapkan.
terima kasih Allah. 10 March 2012 adalah tarikh di mana kami disatukan. errr belum nikah lagi. baru 'in relationship'. hehe. thanks awak.. apa2 pun, mudah-mudahan hubungan kami panjang. kalau benar berjodohan, sehingga ke Syurga lah yea suamiku. hehehehe..tak sangka melekat jugak kat hati. punya laa susah payah nak tackle budak tu. Bertahun-tahun tunggu akhirnya dia luahkan jugak. Alhamdulillah. Mmg awak yang ada kunci hati saya :) To my cupid angel, Rizal Izuan : ''Saya sayang awak kerana Allah. Saya berharap awak benar-benar pemilik tulang rusuk kiri saya. Tapi..andai bukan sekalipun, saya cuba untuk berikan yg terbaik. As long as I can see your happiness." Haha. Okay tamat.
Selamat pagi Mr Diary :)
Thursday, March 8, 2012
Dia Sahabatku Dunia Akhirat
sekeping hati dibawa berlari..lalala. ahah! bukan lagu. saje gimik. heee.. actually. oppss!
almost forgot. assalamualaikum :)
oh Mr Diary, I wanna share with you about someone. Don't you remember the one that I loved? She's my bestfriend. also such my siblings. I do love her very much. Diba..miss you a lot. Ishhh dok cakap omputeh tu pasaiapa. hehe. yeaaaaaa.. Rindu sangat kat dia. Konflik yang dulu nampaknya meninggalkan bekas di hati dia. I'm sorry Diba. Tak mengapalah. Even kita dah tak rapat seperti dulu, I can see your happiness sparkling around. Rindu saat naik motor bersama-sama. Time tu fatin happy sangat. Seriously I can't faced it. I don't want to lose our memories between. Sekarang awak dah dengan Yan. Kadang-kadang cemburu. Yelaaa. I know who I am. Even we far away, you always in my heart. Fatin tak kisah pun Diba. Walau sebesar mana konflik kita, Fatin tetap terima awak. Sebab Fatin tak pernah nampak keburukan orang. Even 99% dalam diri dia dimonopoli oleh kejahatan and only 1% je yang baik, Fatin tak kisah. Kerana yang satu tu laa yang hati Fatin ingat and hargai. "Problem ek hati ni. Pelik. Suka maafkan orang senang-senang" Tu mungkin kata orang. I don't mind. Yang penting Fatin dapat jaga saki baki persahabatan kita yang tinggal. Masih ingat lagi tak time kita sama-sama dulu? That's the sweetest memories in my life. Kalaulah awak terbaca ni..Only if. Yaa.. Fatin akan kenang awak sehingga akhir hayat. Sayang kamu. Dan saya tak malu untuk luahkan itu kerana saya telah berjanji dengan Allah supaya menjaga sahabat-sahabat saya. termasuk awak :)

I miss you..
Monday, February 6, 2012
Someone who decorate a LIFE
assalamualaikum..
huh? asal tajuk entri camtu? hehehe. it's about someone.. someone yg tak berada dlm dunia realiti.
errr abis kat mane? huhu.. she's a friend of mine from "DUNIA MAYA" you got it? huhu..
siapa gadis bertuah tu.. jeng jeng jeng..
yea.. gadis di atas ni bernama Qalesya. fatin da anggap dia mcm kakak sendiri. mmg perkenalan yg tak disangka-sangka beberapa tahun yg lalu melalui facebook. im glad to know her. first2 biasa laa. komen2 status. pastu dah berani wall to wall. dia mmg peramah, baik, sweet & caring. that's why i love her. slalu bagi fatin semangat, nasihat. huhu. i'll stop crying. kan best ada kakak yg mcm tu. in reality, im the eldest sister. sobs. but as long facebook ni wujud. and im still using the same phone number.. we'll still contact each other. hopefully. dah laa jauh. nun di Kuching sane. hehe.. teringat time mula2 kenal. bila da rapat, siap janji nak bagi present handkerchief warna pink & bersulamkan nama kitorg. huhu. bila laa tu bole bagi. sedih..
oh btw, she'll married soon. insya-Allah hujung bulan 12 ni. im hope that i'll be there my lovely sis. i hope so. tsskk. dah nak jadi milik orang dah. hehe. adik tak pernah cakap kan muka sis & bakal suami ada iras2. hehehe. baru perasan tadi time nak curi gambar kat album. haha. alhamdulillah.. segan nak cite banyak2. takut tersilap cakap pulak. hee.. as long as i da tunaikan janji. and this is the right time for me to dedicate this entry for you. remember.. our friendship never ends. i'll pray for your happiness. "abg Athoillah, please take good care of her. if not, i'll flight to Kuching now!. hehe"
i love you, my lovely sister because of Allah =)

<---- Dalam byk2 gambar adik suka yg nie. hehe. baru jumpe!
tulis sampai nak nangis. tulis ape laa tu :P

*maaf sis, adik amik pic ni. awww looks so hot & cute.
credit to you. hehe. muka tak jelas. takut ada yg tergoda (-.-)V

Monday, January 23, 2012
Perlukah aku bercinta?
okay, straight forward! mungkin entry kali ni sesuai bagi mereka-mereka yg masih single. kadangkala hati mereka berbisik "teringin nak bercinta, ada orang sayang, jaga kita" yup! it's normal. Allah dah kurniakan naluri sebagai seorang manusia. lumrah laa kita diisi dengan perasaan sayang, kasih, cinta, benci, takut.. etc. dan bukan saja jadi 'pemberi' malah juga ingin menjadi 'penerima'. pemberi dan penerima ni membawa maksud kita telah mencurahkan atau meletakkan perasaan kita itu kepada seseorang . sebagai contoh menyayangi seseorang. dan mestilah kita teringin juga disayangi mereka. bukan mudah bukan untuk dapatkan perasaan 'sayang' ni. ada juga di antara mereka yang tidak bersyukur kerana masih ada yang menyayangi mereka. perasaan itu bukan suatu perkara yang boleh dipaksa-paksa atau direka.
back to the point.
"Perlu ke bercinta?"
umur baru setahun jagung. dah nak cintan cintun --> kata orang laa.
tak salah sebenarnya. dari awal perkenalan tiba-tiba tanpa disedari berputik naluri untuk menyayangi dia lebih daripada seorang teman biasa. ingin sentiasa bersamanya. ingin melindunginya. dan seumpamanya.
macam yang fatin kata tadi --> CINTA TAK BOLEH DIPAKSA
sekali dah terkeluar perasaan tu memang tak boleh nak sumbat balik atau putar balik masa supaya perasaan tu tak pernah wujud. hahh kalau macam tu senang laa. lagi-lagi kalau ada button DELETE. on the spot si dia tu hilang dari ingatan. tak payah susah-susah fikir.
Okay, what should you do?
1. tanya hati - adakah kamu benar-benar sukakan dia? apa matlamat kamu dalam hubungan tu? sanggupkah kamu berkomitmen? adakah kamu tahu batas-batas pergaulan?
2. solat istikharah - solatlah dalam menentukan bahawa dia benar-benar jodoh kamu atau bukan :)
Q : err.. takde chance langsung ke nak couple?!
1. tak boleh bersentuhan - pegang tangan.. etc
2. jalan kena jarak-jarak.
3. keluar mesti bertiga/lebih - mahram/kawan
Q : kenapa orang lain boleh, kenapa kita tak boleh?
A : biarlah mereka. kamu sayang Allah bukan? sayang agama Allah bukan? percaya bahawa adanya Allah melihat setiap tindak tanduk kamu bukan? maka jauhilah larangan-Nya. biarlah kita bercinta atas landasan-Nya. iaitu cinta dengan wujudnya sebuah perkahwinan :)
Q : Saya suka dia. tapi macam mana? saya takut kehilangan dia =(
A : solatlah, mohon pada Allah. andai dia benar seseorang yang diciptakan untuk bersamamu, maka biarlah perasaan itu membawa kepada hubungan yang diredhai. sekiranya bukan, mohonlah supaya dia luput dari ingatan dan minta supaya ditabahkan hati serta dikurniakan seseorang yang benar-benar jodohmu dengan kadar segera! =))
segala yang baik itu datang dari Allah. yang buruk itu dari kesilapan diri saya sendiri. menulis bukan kerana suka-suka. kerana saya juga manusia biasa. tak pernah lepas dari dosa. teringin juga hati ini bercinta. tapi apakan daya, Allah melarang diri dari terjerumus kepada dosa. mungkin kerana itulah.. diri ini tidak pernah merasa perasaan CINTA. terima kasih Allah! mungkin cinta itu bakal wujud dalam redha-Mu suatu hari nanti. aku pasti itu jauh lebih indah.
Sunday, January 1, 2012
Dua Segmen Menarik by KIZ
Assalamualaikum w.b.t
Ehehehe.. mimpi ape fatin tetiba join segmen2 kat blog ni? saje. ouh yea. Kiz yg comel tu anjurkan dua segmen menarik iaitu BLOGLIST X-CHANGE dan REVIEW UR BLOG. pada fatin mmg bagus laa buat segmen2 camni sbb bole eratkan silaturrahim antara blogger2 di alam maya ni. seterusnya menyesakkan trafik yg sememangnya lenggang dari sebarang 'kenderaan' yg menggunakan 'jalanraya' ni. errr.. okay! da mula merepek di pagi tahun baru ni.
FIRST, segmen BLOGLIST X-CHANGE :
----> Syarat-syaratnya :
1. FOLLOW laa blog empunya segmen ni --> The Kiz's Garden
2. Buat ENTRI tentang segmen ni
3. Ada BLOG sendiri
4. Letak LINK The Kiz's Garden dalam bloglist tu tau!
5. Lepas letak LINK, 'drop'kan comment dlm entri The Kiz's Garden : Segmen Bloglist X-Change and Review Ur Blog. Sertakan LINK & NAMA BLOG anda.
6. Then, Kiz akan INTAI blog anda. kalau link Kiz ada, baru Kiz akan letak link anda
dlm blog Kiz tuh!
SECOND, segmen REVIEW UR BLOG :
----> Syarat-syaratnya :
1. Buat ENTRI tentang segmen ni
2. FOLLOW blog Kiz ni --> The Kiz's Garden
3. Letak LINK The Kiz's Garden dalam bloglist anda!
4. Have your OWN blog
5. Nak join? Letak NAMA & LINK blog di bahagian comment for this ENTRY
6. Tarikh TUTUP : 12 JANUARI 2012
That's all!
Oke. then, Kiz akan..
1. Pilih DUA blog bertuah utk direview setiap minggu secara RAWAK.
2. INFORM kat blog anda yg blog telah terpilih
3. Buat *RATING berdasarkan TIGA kategori :
i. Your Blog Design
ii. Blog Content
iii. Writing Skills
* based on her own perspective and not necessarily correct :)
more information click HERE !
hehe. apa2 pun best of luck! if terpilih, alhamdulillah. thanks sbb sudi hadirkan diri kat blog yg serba kekurangan ni. maklumlah, blog ni sepi. just ditujukan kpd si dia. okay. sampai di sini saja. selamat tahun baru 2012. wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)