Monday, January 23, 2012

Perlukah aku bercinta?



Salam sejahtera kepada para pembaca yg terbaca entry ni :)

okay, straight forward! mungkin entry kali ni sesuai bagi mereka-mereka yg masih single. kadangkala hati mereka berbisik "teringin nak bercinta, ada orang sayang, jaga kita" yup! it's normal. Allah dah kurniakan naluri sebagai seorang manusia. lumrah laa kita diisi dengan perasaan sayang, kasih, cinta, benci, takut.. etc. dan bukan saja jadi 'pemberi' malah juga ingin menjadi 'penerima'. pemberi dan penerima ni membawa maksud kita telah mencurahkan atau meletakkan perasaan kita itu kepada seseorang . sebagai contoh menyayangi seseorang. dan mestilah kita teringin juga disayangi mereka. bukan mudah bukan untuk dapatkan perasaan 'sayang' ni. ada juga di antara mereka yang tidak bersyukur kerana masih ada yang menyayangi mereka. perasaan itu bukan suatu perkara yang boleh dipaksa-paksa atau direka. 

back to the point.
"Perlu ke bercinta?"
umur baru setahun jagung. dah nak cintan cintun --> kata orang laa.
tak salah sebenarnya. dari awal perkenalan tiba-tiba tanpa disedari berputik naluri untuk menyayangi dia lebih daripada seorang teman biasa. ingin sentiasa bersamanya. ingin melindunginya. dan seumpamanya.
macam yang fatin kata tadi --> CINTA TAK BOLEH DIPAKSA
sekali dah terkeluar perasaan tu memang tak boleh nak sumbat balik atau putar balik masa supaya perasaan tu tak pernah wujud. hahh kalau macam tu senang laa. lagi-lagi kalau ada button DELETE. on the spot si dia tu hilang dari ingatan. tak payah susah-susah fikir. 

Okay, what should you do?
1. tanya hati - adakah kamu benar-benar sukakan dia? apa matlamat kamu dalam hubungan tu? sanggupkah kamu berkomitmen? adakah kamu tahu batas-batas pergaulan?
2. solat istikharah - solatlah dalam menentukan bahawa dia benar-benar jodoh kamu atau bukan :)

Q : err.. takde chance langsung ke nak couple?!
A : ada! tapi dengan syarat. 
1. tak boleh bersentuhan - pegang tangan.. etc
2. jalan kena jarak-jarak. 
3. keluar mesti bertiga/lebih - mahram/kawan

Q : kenapa orang lain boleh, kenapa kita tak boleh?
A : biarlah mereka. kamu sayang Allah bukan? sayang agama Allah bukan? percaya bahawa adanya Allah melihat setiap tindak tanduk kamu bukan? maka jauhilah larangan-Nya. biarlah kita bercinta atas landasan-Nya. iaitu cinta dengan wujudnya sebuah perkahwinan :)

Q : Saya suka dia. tapi macam mana? saya takut kehilangan dia =(
A : solatlah, mohon pada Allah. andai dia benar seseorang yang diciptakan untuk bersamamu, maka biarlah perasaan itu membawa kepada hubungan yang diredhai. sekiranya bukan, mohonlah supaya dia luput dari ingatan dan minta supaya ditabahkan hati serta dikurniakan seseorang yang benar-benar jodohmu dengan kadar segera! =))

segala yang baik itu datang dari Allah. yang buruk itu dari kesilapan diri saya sendiri. menulis bukan kerana suka-suka. kerana saya juga manusia biasa. tak pernah lepas dari dosa. teringin juga hati ini bercinta. tapi apakan daya, Allah melarang diri dari terjerumus kepada dosa. mungkin kerana itulah.. diri ini tidak pernah merasa perasaan CINTA. terima kasih Allah! mungkin cinta itu bakal wujud dalam redha-Mu suatu hari nanti. aku pasti itu jauh lebih indah.




No comments: