Assalamualaikum blogku. Selamat hari raya aidilfitri :)
Entah mungkin ini Syawal terakhir buatku. Ramadhan yg berlalu pun seakan sayu meninggalkanku.
Apa pun yg berlaku, aku tetap akan berdiri seperti selalu. Menghayati irama-irama tenang dunia walau tatkala aku perlu patuh duduk dibentangan sejadah. Ada yg ingin aku sampaikan. Aku tahu. Jarang-jarang sekali manusia dapat menyelinap masuk ke dalam blog ini. Dek tidak diwar-warkan. Tapi kepada sesiapa yg terbaca, terima kasih. Syawal kali ini aku tidak berkesempatan untuk memohon maaf, berkunjung ke rumah rakan-rakan taulan. Ada kata yg tak terluah dibenakku. "Aku..aku..maafkanmu, sahabatku" Bukankah kita bersahabat? Walau dirimu seakan melupakanku, aku tetap mengingatimu. Akal fikiranku masih belum dapat melupakan memori-memori sewaktu dahulu. Walau terkadang aku tak ingin menyimpannya lagi. Apakan daya, aku tak mampu membuangnya. Telahku katakan, walaupun kau ingin membunuhku, aku tetap memaafkanmu. Senang bukan? Senang dilukakan, senang memaafkan. Itulah aku. Hatiku seakan tiada nilai pada manusia. Senang diinjak-injak. Aku punya Allah. Aku tak berdaya tapi Dia mampu melakukan segalanya. Aku serahkan pada-Nya. Perlukah aku katakan semua ini pada manusia? Tak perlu lagi. Manusia tak perlu tahu. Sampai nanti blog ini menjadi saksi bahawa aku pernah mencatatkan sesuatu. Segala perasaanku diluahkan. Bukan semua, hanya satu pertiga. Selebihnya hanya Allah yg tahu. Terima kasih kawanku kerana kau menerimaku sebagai sahabatmu..sewaktu dahulu. Hidup di dunia ini telah mengajarku sesuatu. Persahabatan, perpisahan, kemaafan..aku ikhlas :)
No comments:
Post a Comment