Monday, November 18, 2013

Upcoming birthday's cake.

Wow so exciting moment! Tak sabar nak beli kek ni. Huhu. Jatuh hati dengan Secret Recipe. Biar mahal asal berbaloi. Tak bosan langsung makan kek SR ni. Makan la banyak mana pun. So, sekarang ni masih berfikir nak beli kek yang mana satu. Banyak pilihan yang best. Jom review satu per satu!

1- Rangkaian Cheese Cakes

   
Strawberry Marshmallow Cheese

Raspberry Cheese

Yogurt Cheese

2. Rangkaian Chocolate And Fresh Cream Cakes

Chocolate Mud Cake

Chocolate Indulgence

(*All pictures are credited to Secret Recipe Malaysia)
Gambar diambil dari laman web rasmi Secret Recipe Malaysia untuk mengekalkan keaslian produk SR. Bukan bertujuan mencuri hakcipta syarikat.

Sedap kan? Belum tahu lagi nak pilih yang mana. Semua item kat atas ni berharga RM82.00 sebiji. Yeayyyy! Let's dream about cake :)

Thursday, November 14, 2013

What if?

Time ni perut memulas. Rentak jantung tidak sebegitu normal (Abnormal heart disease). Namunku gagahkan jua untuk mencatat sesuatu. Kopi..entah sejak bila alah dengan kopi. Disebabkan kopi juga diri ini hampir rebah dulu. Kali ini minum lagi. Teringin. Tongkat Ali pulak tu. Lepas tu mula la tak selesa. "What if i'm not awake as usual? What if i sleep forever?"But, what is actually my feeling should be classified?" Seriously my heart was shaken with tears. (Ignore..falling asleep..zzz)







*Footnote:
Sambil dengar lagu Aishah AF 2013-Mimpi.
Sroot..sroot..sadis.

Monday, November 11, 2013

"Mission; A Day Without Cigarette"

Bila bukak blog je tak reti nak taip apa.
Haha. Pateng.
Cerita apa best untuk diceritakan?
Hm..jiran sebelah lagi boleh? 
Bosan. Next time bila ada mood, fatin akan bercerita tentang..
 "Jiran Sebelah Part II"

Sebelum ni asyik ayat puitis je kan. Fatin cerita pasal "Rokok" nak?

(Lebih serius..)
Ayat biasa bagi penggemar rokok ialah "bosan, berfikir, hilangkan stress, macho, kalau tak merokok sehari bole jatuh sakit.." and so on. "Alaa..tak semestinya hisap rokok cepat mati" <-- berfikir sejenak
Well, it's normal. Human being. Being a human. 
Kebanyakan daripada mereka sedar bahawa merokok itu merbahaya. Tetapi sejauh mana perkataan BAHAYA itu mempengaruhi minda mereka? Walaupun sekreatif mana ilustrasi yang terpampang pada kotak rokok, mereka masih membeli dan tidak terkesan dengan 'drama' yang cuba disampaikan oleh pihak berwajib. Dan barangkali mereka yang bertanggungjawab untuk mengilustrasikan kotak tersebut juga seorang perokok dan masih merokok. 

Soal rokok haram atau makruh.
Jelas ianya dilarang dalam Islam.
Kerana apa? Pembaziran, memudaratkan kesihatan anda dan ORANG LAIN.
Siapa boleh jawab apa kebaikan merokok? 
Apa kebaikan berada berdekatan orang yang sedang merokok?
Sila jawab dengan berhemah. Jawab dalam hati.
Muhasabah diri.

Susah sangat ke nak tinggalkan tabiat merokok?
At least kurangkan.
Susah? Mental lemah.
Siapa yang kawal diri awak? Awak atau orang lain?
Allah berikan akal untuk berfikir yang mana baik yang mana buruk.

Meh sini Fatin bagi tips;
*Brainwash dulu (keluarkan otak, masukkan dlm mesin basuh..hehe)
       - 1st mental attitude. You wanna change, go on, move on! Tak peduli orang lain kata. Yang nak sihat siapa? Dengar sini sayang, Allah beri hidup ni sekali je..bole tak tolong jaga apa yang Allah pinjamkan? Yes, memang semua orang akan mati. Tetapi cara kematian itu yang berbeza. Rokok ni salah satu punca penyakit yang kita bole agak. Confirm dapat! Cuma lambat je. Tengok tar kat jalan raya tu. Itulah salah satu bahan yang terkandung dalam rokok. 
      
Now tips;
       1) KURANGKAN kuantiti rokok. (contoh: seminggu sekotak)
       2) Perbanyakkan MINUM air mineral/masak. Praktikkan!
       3) JAUHKAN diri daripada kawan-kawan yang merokok. Cuba untuk tidak berada berdekatan. Kalau terpaksa, tutup hidung! haha..biar dia terasa sikit.
       4) Lagi mudah, beli produk yang bole buang toksin. (contoh: JUVANEX, bole didapati di Watsons)    Harga dalam RM109. Sbb apa mudah? Sbb racun & toksin yang terkumpul dalam badanlah yang   menyebabkan ketagihan. So, bila toksin berkurang, keinginan untuk merokok juga menurun. 
       
So, all the best semua! Kalau ada sesiapa yang terkesan lepas baca post ni and kadar penghisapan rokok juga dah berkurangan, let me know. And last but not least, you know what? You're the one who can control yourself. Please do love yourself. Thanks & forgive me in every word i'd just said.


Sunday, November 10, 2013

Serpihan yang Hilang

Hari-hari yang berlalu seakan hembusan bayu dingin. Sejuknya terasa hingga ke tulang.
Bahkan hati. Terperosokku di sudut kamar. Terigau-igau tentang sesuatu. "Serpihan yang hilang"

(Sesi imbas kembali bermula)
Raut wajahnya tidak pernah pudar dalam ingatan. Tidak tenggelam dalam lautan air mata. Tidak tersepit dalam celah sebaknya jiwa.
Ibu, ibu, ibu.. Tidakku dengar lagi suaramu. Tidakku kucup lagi pipimu. Tidakku lihat wajahmu.
Namun..aku seakan sedia sejak dulu lagi. Walaupun perpisahan ini buat selamanya. Aku pasti bakal bertemu dirimu.
Dunia ini tidak lama lagi. Aku pasti menyusul.

Hati..tidakku endahkan lagi. Manusia semakin hilangkan diri. Hilang peribadi. Dek ditenggelami ombak dunia.
Ke mana perginya serpihan itu? Jika tidak pada PenciptaMU.
DIA sebenar-benar Cinta. DIA sebenar-benar erti Bahagia. Terima kasih Allah :)

Bisikan hati

Walaupun aku tidak secantik mereka,
cukuplah aku mempunyai wajah yang sempurna sebagai seorang manusia.
Walaupun aku tidak mempunyai barang berjenama,
cukuplah aku bersyukur dengan segala apa yang aku miliki saat ini.
Walaupun aku tidak mempunyai rumah yang mewah,
cukuplah aku mempunyai tempat berteduh di dunia ini.
Walaupun ibuku sudah tiada di sisi,
cukuplah kasih seorang ayah yang berjiwa keibuan.
Walaupun hatiku tidak dihuni,
cukuplah Allah saja yang setia mencintai, setia mendengar rintihan, menunggu taubatku,
membimbingku ke jalan yang diredai.
Walaupun jodohku tiada di dunia ini,
cukuplah Allah berikanku Wildan di Syurga nanti :)

Tuesday, November 5, 2013

The first.

Assalamualaikum. Selamat pagi.

Wah, formal. Haha. Salam Maal Hijrah untuk seluruh umat Islam yang ada di permukaan Bumi ni. Permulaan baru. Hari baru. Misi baru. Wajah baru. Let past been your past. But don’t forget to forgive everyone. Itu cara-cara nak start ayat. Ada passion tak kat situ?

Tatkala menaip ni teringat pada seseorang iaitu kawan saya, buddy bb, Zihan a.k.a Yan. Pemberi inspirasi, semangat, motivasi blablabla..

Rasa-rasanya kena muhasabah diri balik. Motif sebenar hidup? Perjanjian? Tanggungjawab? Hidup di dunia ni sementara. Tapi sejauh mana perkataan SEMENTARA tu mempengaruhi manusia sejagat. Umat Islam terutamanya. Lebih-lebih lagi dunia sekarang dah jauh beza dengan dulu. Semakin maju semakin mengancam dan terancam. Dengan teknologi, dunia di tapak tangan. Gadgets, all things yang memudahkan manusia untuk bersosial. For what? Seriously I’m asking. Boleh, tapi berpada-pada. Fikir-fikir la sendiri.

Pernah tak terfikir untuk seimbangkan Dunia dan Akhirat?

Bagaimana? Banyak mana amalan yang kita buat untuk meraih dunia. Dan banyak mana amalan yang kita buat betul-betul untuk akhirat. Hakikatnya semua yang kita buat untuk dunia. Kerja misalnya. Nak cari rezeki atau memenuhi kehendak dunia? Kecuali..kerja yang kita buat tu halal, ikhlas dan semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. “Hidup bukan sahaja bernyawa, tetapi juga nyawa itu hidup demi Pencipta-Nya.”

Cinta dunia? Penting untuk menambah ukhuwah sesama kita. Tetapi berpada-pada. Cinta tak perlu digenggam seeratnya. Ibarat kaca, andai jatuh berderai jua. Cinta hanya untuk Dia.

Diri ini tidak sempurna. Perkongsian ini cuma selingan. Andai diri terasa lemah tidak berdaya, carilah Allah. Disitu letaknya kekuatan, cinta, kebahagiaan dan kedamaian.


Wallahu’alam.