Tuesday, November 5, 2013

The first.

Assalamualaikum. Selamat pagi.

Wah, formal. Haha. Salam Maal Hijrah untuk seluruh umat Islam yang ada di permukaan Bumi ni. Permulaan baru. Hari baru. Misi baru. Wajah baru. Let past been your past. But don’t forget to forgive everyone. Itu cara-cara nak start ayat. Ada passion tak kat situ?

Tatkala menaip ni teringat pada seseorang iaitu kawan saya, buddy bb, Zihan a.k.a Yan. Pemberi inspirasi, semangat, motivasi blablabla..

Rasa-rasanya kena muhasabah diri balik. Motif sebenar hidup? Perjanjian? Tanggungjawab? Hidup di dunia ni sementara. Tapi sejauh mana perkataan SEMENTARA tu mempengaruhi manusia sejagat. Umat Islam terutamanya. Lebih-lebih lagi dunia sekarang dah jauh beza dengan dulu. Semakin maju semakin mengancam dan terancam. Dengan teknologi, dunia di tapak tangan. Gadgets, all things yang memudahkan manusia untuk bersosial. For what? Seriously I’m asking. Boleh, tapi berpada-pada. Fikir-fikir la sendiri.

Pernah tak terfikir untuk seimbangkan Dunia dan Akhirat?

Bagaimana? Banyak mana amalan yang kita buat untuk meraih dunia. Dan banyak mana amalan yang kita buat betul-betul untuk akhirat. Hakikatnya semua yang kita buat untuk dunia. Kerja misalnya. Nak cari rezeki atau memenuhi kehendak dunia? Kecuali..kerja yang kita buat tu halal, ikhlas dan semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. “Hidup bukan sahaja bernyawa, tetapi juga nyawa itu hidup demi Pencipta-Nya.”

Cinta dunia? Penting untuk menambah ukhuwah sesama kita. Tetapi berpada-pada. Cinta tak perlu digenggam seeratnya. Ibarat kaca, andai jatuh berderai jua. Cinta hanya untuk Dia.

Diri ini tidak sempurna. Perkongsian ini cuma selingan. Andai diri terasa lemah tidak berdaya, carilah Allah. Disitu letaknya kekuatan, cinta, kebahagiaan dan kedamaian.


Wallahu’alam.

4 comments:

faziehan said...

I love u.muhehe... Dunia dan seisinya.. Saling memerlukn. Namun yg pasti cinta hakiki itu hanya milik ILLAHI.

Unknown said...

Hehe..baca pulak hang ni! Yup..hanya milik Ilahi :)

faziehan said...

mstilah bace..haha. Bru nk jd silent reader.dah trkomen pulak ni. Huhu..
^_^

Unknown said...

Haha..okay ke tu baca dlm fon?
Nama appear tak bole la jd silent reader.